Sunday 19 November 2017

UNSUR TAMADUN CHINA

Gambar: Maharaja Kuning

Setiap tamadun mempunyai unsur tamadunnya yang tersendiri sebagai identiti tamadun tersebut. Unsur tamadun China dapat diringkaskan seperti berikut:

v  Bandar dan Pertumbuhan Penduduk, Pertanian dan Perniagaan
v  Kerajaan atau Pentadbiran yang Teratur
v  Organisasi Sosial yang Tersusun
v  Kemajuan Sains dan Teknologi
v  Sistem Bahasa dan Tulisan
v  Institusi Agama dan Kepercayaan
v  Pusat Utama Kebudayaan Bangsa
v  Pembentukan Bangsa Tionghua

BANDAR & PERTUMBUHAN PENDUDUK, PERTANIAN DAN PERNIAGAAN
Majoriti penduduk China ialah petani yang mengusahakan tanah pertanian. Penanaman bijirin seperti gandum, jagung dan sekoi telah ditemui ditanam di kawasan tanah tinggi China seperti di dataran Loes, manakala padi ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian utara dan selatan China.

Gambar 1: Sungai Yangtze

KERAJAAN ATAU PENTADBIRAN YANG TERATUR
Wilayah di China yang luas telah dikecilkan melalui sistem negeri. Setiap negeri diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk sistem dinasti. Setiap negeri juga dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan urusan pentadbiran. Rakyat membayar cukai hasil tanaman kepada maharaja sebagai balasan keamanan dan kesejahteraan hidup.

Gambar 2: Istana Larangan Beijing

ORGANISASI SOSIAL YANG TERSUSUN
Masyarakat China mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta mempunyai lebih daripada 56 etnik. Etnik yang paling dominan ialah suku Han yang terkenal dengan sifat nasionalisme yang tinggi dengan mempertahankan identitinya iaitu suka berdikari, peramah serta cintakan kedamaian.

Masyarakat China secara umumnya akan menggunakan nama sebelah lelaki bagi mengekalkan identiti keturunan sesebuah etnik.

Dari segi stratifikasi sosial, golongan pemerintah dan tentera maharaja menduduki hierarki tertinggi kemudian diikuti oleh pegawai maharaja dan yang paling bawah ialah rakyat jelata.

Gambar 3: Tentera Terracota China

KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Ilmu sains dan teknologi China telah wujud seawal sebelum kemunculan kota Melaka. Hal ini ditandai dengan kemahiran mereka dalam ilmu perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman awalnya, kaum pedagang China telah sampai ke Melaka. Mengikut rekod catatan, pada tahun 1720, Dinasti Ming telah memiliki 1350 kapal perang dan 400 buah kubu besar.

Kemajuan sains dan teknologi China juga boleh dilihat dalam:

v  pembinaan terusan,
v  penciptaan kompas bermagnet,
v  pembinaan Tembok Besar China,
v  perindustrian peleburan besi, dan juga
v  penciptaan senjata peperangan seperti meriam.

Masyarakat China sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya:

v  pembinaan empangan
o   bagi pengaliran air untuk pertanian di samping
v  teknologi kejuruteraan hidraulik
o   bagi mengatasi banjir dari limpahan Sungai Kuning
o   digunakan bagi menambah hasil pertanian negara.

Masyarakat China juga telah:

v  mencipta pelana dan membuat kereta berkuda bagi mengangkut barangan,
v  mencipta kereta sorong untuk memudahkan tenaga kerja,
v  mencipta mesin percetakan semasa Dinasti Tang (618 M – 906 M) yang telah mendahului 400 tahun lebih awal berbanding teknologi percetakan di Barat.
  

Gambar 4: Old Dragon’s Head (Penghujung Tembok Besar China)

SISTEM BAHASA DAN TULISAN
Bahasa Cina merupakan satu-satunya bahasa yang tidak berubah dari zamna kuno dan masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Oleh sebab China hanya mempunyai sistem tulisan yang tunggal, maka semua orang China hanya menggunakan satu bahasa pengantara untuk berkomunikasi dengan dialek yang berbeza.

Selain bangsa China, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa lain di Asia terutamanya di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri, namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah diciptakan berdasarkan beberapa kaedah seperti berikut:

v  xiang xiang (lambang bergambar)
v  zh`shi (lambang petunjuk)
v  huiyi (lambang petunjuk fikiran)
v  xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)

Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa China dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia.
  

Gambar 5: Tulisan Hanzi

INSTITUSI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

PUSAT UTAMA KEBUDAYAAN BANGSA
Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangtze.

PEMBENTUKAN BANGSA TIONGHUA
Pada zaman purba China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar menurut para sarjana China iaitu:

v  Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan Loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China;
v  Kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran yang terletak di bahagian barat China;
v  Kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku bangsa di Selatan China.

Hasil daripada asimilasi dan integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama tersebut di samping suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun, maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghua (Zhonghua minzu) sehingga pada hari ini.

Sejarah mencatatkan bahawa bangsa Tionghua juga dikenali daripada bangsa Han. Tokoh terkemuka dalam konteks Malaysia ialah kedatangan Laksamana Zheng Ho ke Melaka dan seterusnya ke Pulau Jawa bagi melaksanakan misi perdagangannya.
  

Gambar 6: Replika Kapal Laksamana Zheng Ho (Cheng Ho)



RUJUKAN

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian tamadun Asia. Bentong: PTS.
Bahasa dan sistem tulisan China. (2013, April 28). Didapatkan dari Tamadun China: http://titas-tamaduncina.blogspot.my/2013/04/bahasa-dan-sistem-tulisan-china.html
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Asia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Ghazali Darusalam. (2014). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
MYredaksi. (2017, Mac 15). Dimana penghujung tembok besar China. Didapatkan dari MY Sumber: https://www.mysumber.com/tembok-besar-china.html
Penjelajahan Columbus vs Laksamana Cheng Ho. (2012, Januari 2). Didapatkan dari World of Islamic - Malaysia [Laman Blog]: http://world-islam.blogspot.my/2012/01/penjelajahan-columbus-vs-laksamana.html
Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill.
Tentera Terracota China. (t.t). Didapatkan dari Hamparan seni [Laman Blog]: http://psv3.blogspot.my/p/tentera-terracota-china.html



1 comment:

KONSEP, FUNGSI & PERTIMBANGAN EKONOMI DALAM PERKAHWINAN

Kata kunci: konsep perkahwinan, fungsi-fungsi perkahwinan, pertimbangan ekonomi dalam perkahwinan, manusia masyarakat dan budaya, sains...