Sunday 19 November 2017

KEMUNCULAN TAMADUN CHINA

Gambar 1: Sungai Hwang Ho

Tamadun awal China telah wujud di lembah Sungai Hwang Ho atau lembah Sungai Kuning (disebut sebagai Sungai Kuning kerana membawa lumpur kuning sepanjang alirannya) kira-kira pada tahun 4000 SM atau 5000 SM. Kebanyakan ahli sejarah mempercayai bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500 SM.

Tamadun ini muncul di Lembah Sungai Kuning kerana kesuburan tanah yang membolehkan manusia terus menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Penduduk China mendirikan perkampungan tetap dan mendirikan kerajaan yang mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks.

Gambar 2: Artifak gangsa dari Dinasti Shang

Gambar 3: Simuwu Ding (Artifak gangsa terbesar di dunia dari Dinasti Shang)

Perkembangan yang pesat berlaku di lembah Sungai Kuning pada zaman Dinasti Shang (dari 1500 SM – 1027 SM) atau Dinasti Yin. Kajian arkeologi menunjukkan dinasti ini merupakan dinasti terawal di China. Gangsa dan buluh telah digunakan secara meluas pada zaman ini di samping kewujudan beberapa negara kota. Negara kota yang utama ialah:

v  Kota Shang (200 SM)
v  Anyang (1800 SM)
v  Loyang
v  Chang Chow
v  Changgan

Negara kota Anyang yang telah menjadi ibu kota Dinasti Shang muncul di tebing Sungai Kuning dan ia merupakan sebuah bandar yang tertua di China. Raja China memerintah dengan kuasa mutlak. Golongan bangsawan yang berasal daripada kerabat diraja membantu raja sebagai pemerintah di peringkat daerah. Penduduknya sangat taat dan setia kepada raja. Taat setia mereka dizahirkan dengan berkhidmat dalam tentera raja selain turut membayar ufti kepada raja.

Kezaliman pemerintah terakhir Dinasti Shang telah menyebabkan dinasti ini digulingkan oleh Wu Wang daripada keluarga Chou pada tahun 1027 SM.

Pemerintahan Dinasti Chou (1027 SM – 227 SM) menandakan permulaan episod tamadun China yang baru yang melalui tamadun ini berkembangnya tulisan Cina ke seluruh negeri. Walaupun tulisan ini dapat dibaca dan difahami oleh kebanyakan masyarakat China, tetapi sebutannya berbeza antara satu etnik dengan etnik China yang lain (ketiadaan fonetik) menyebabkan sukar menyatupadukan masyarakat China.

Gambar 4: Maharaja Shih Huang Ti

Keruntuhan Dinasti Chou telah diganti oleh Dinasti Shih Huang Ti ( 221 SM – 206 SM). Zaman ini terkenal dengan penyatuan masyarakat China dan zaman yang banyak memberi perkembangan besar dalam bidang sains dan teknologi. Pada zaman inilah Tembok Besar China dibina di samping sistem piawaian seperti timbang berat, lebar jalan raya, bahasa dan lain-lain juga diperkenalkan. Kegemilangan tamadun Shih Huang Ti terganggu apabila beliau memusnahkan buku lama (Ghazali Darusalam, 2001).

Gambar 5: Tembok Besar China


RUJUKAN

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Asia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

No comments:

Post a Comment

KONSEP, FUNGSI & PERTIMBANGAN EKONOMI DALAM PERKAHWINAN

Kata kunci: konsep perkahwinan, fungsi-fungsi perkahwinan, pertimbangan ekonomi dalam perkahwinan, manusia masyarakat dan budaya, sains...