Gambar 1: Kitab Analects
Masyarakat Cina berpegang kepada pelbagai agama, ajaran, dan falsafah hidup.
KONFUSIANISME
Konfusianisme ialah
agama terbesar di China seperti yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (dari
551 SM – 479 SM). Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze yang merupakan seorang
tokoh yang berketurunan bangsawan. Beliau dikenali sebagai ahli falsafah dan
pendidik.
Asas Konfusianisme
dikatakan berasal daripada tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
Ajarannya merangkumi aspek falsafah, pendidikan, sosial dan politik. Pengajaran utama Konfusius adalah seperti
yang terkandung dalam kitab Lun Yu
(Analects); menekan pengamalan sifat serta nilai moral yang mulia seperti:
v Ren (Kemanusiaan)
v Li (Kesopanan)
v Xiao (Ketaatan kepada Ibu
Bapa)
v Yi (Kewajaran)
v Zhi (kebijaksanaan)
Ajaran
Konfusius digabungkan dalam 4 kitab utama iaitu:
v Lun Yu
v Meng Zi
v Da Xue
v Zhong Yong
Gabungan
kitab ini dikenali sebagai Si Shu (Empat
Buku) oleh Konfusius dan pelajarnya.
Isi
kandungan Si Shu merangkumi:
v Organisasi
personaliti manusia
v Objektif
pembangunan manusia
v Teori2
pembelajaran manusia
v Teori2
asuhan dan pendidikan anak2
Ajaran
Konfusius sangat teliti menyebabkan kebanyakan ajarannya diwarisi dan diamalkan
sehingga kini. Nilai ini diamalkan dan diteladani orang yang bermoral dan
bersikap mulia (junzi).
Mencius
(dari 372 SM – 289 SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah
menegaskan sifat semula jadi manusia adalah baik ketika dilahirkan. Justeru,
manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai sifat2 baik tersebut.
BUDDHISME
Ajaran
Buddhisme merupakan salah satu
kepercayaan yang mempengaruhi budaya dan pandangan semesta masyarakat Cina. Ia diasaskan
oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari 563 SM – 483 SM). Ia mula tersebar ke
China sejak kurun pertama Masihi iaitu semasa Dinasti Han.
Walau bagaimanapun,
selepas tersebarnya Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami
pelbagai pengubahsuaian sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerap
ciri-ciri kecinaan sehinggalah ia dikenali sebagai Buddhisme Cina.
Ajaran
ini terkenal dengan Jalan Lapan Lapis Mulis atau Jalan Pertengahan dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu:
v Panna (Kebijaksanaan) yang
meliputi
o
Pemahaman yang betul
o
Pemikiran yang betul
v Samadhi (Penumpuan) yang
meliputi
o
Pengucapan yang betul
o
Tindakan yang betul
o
Cara hidup yang betul
v Sila (Moral) yang meliputi
o
Usaha yang betul
o
Pertimbangan yang betul
o
Tumpuan yang betul
DAOISME
Agama ketiga
yang berpengaruh di China ialah Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi (604
SM) dan Zhuang Zi (369 SM – 865 SM). Mereka berpendapat bahawa pemeliharaan
semula jadi serta konsep wuwei atau
melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Daoisme
terbahagi kepada 2 cabang utama iaitu:
v Daojia (Pemikiran falsafah
Dao)
v Daojiao (Aliran keagamaan Dao)
Kitab
Daoisme iaitu Daodejing membahaskan
dua cabang tersebut dan mengandungi metafizik Dao.
Dao ialah
jalan yang mempunyai pengertian bahawa segala penjelasan yang tidak dilahirkan
dan tidak dapat diperikan.
Tahap pencapaian
pengamalan Dao yang tertinggi adalah kembali semula dan bersatu semula
dengannya.
MOISME
Moisme
merupakan satu kepercayaan yang diasaskan oleh Mo Zi (dari 479 SM – 381 SM). Antara
konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek:
v Jian’ai (Kasih sayang sejagat)
v Feigong (Mengecam sikap suka
berperang)
v Feiming (Menyerah kepada nasib)
v Shangxian (Mengutamakan
golongan cerdik pandai)
TAOISME
Agama
ini diasaskan oleh Lao Zi dan Chuang Tzu yang menekankan:
v Keamanan
dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan;
v Mengasingkan
diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.
LEGALISME
Aliran
ini terangkum dalam 3 cabang iaitu:
v Fa (Undang2)
v Shi (Autoriti)
v Shu (Kaedah)
Legalisme
diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina iaitu Han Fei Zi dan dilaksanakan
semasa pemerintahan Dinasti Qin oleh Qin Shi Huangdi.
Aliran
ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap
rakyatnya bagi tujuan untuk menyatukan negara.
ISLAM
Agama Islam
diperkenalkan di China melalui jalan darat dan laut seawal kurun ke-7 Masihi. Orang
pertama tiba di negara China adalah utusan daripada Khalifah `Uthman ibn
`Affan. Berdasarkan catatan sejarah, dua orang sahabat nabi iaitu Saad bin Abi Waqqas
RA dan Yusuf RA telah berdakwah di wilayah Chuan Chow dan Kwang Tung.
Semasa
peringkat awal penyebaran Islam, pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di
China telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou. Sementara itu,
pedagang yang melalui Laluan Sutera di kawasan Parsi dan Afghanistan pula telah
membentuk masyarakat Islam di Xian.
Kemuncak
kegemilangan Islam di China ialah semasa pemerintahan Dinasti Yuan (1271 M –
1368 M). Semasa zaman ini, sumbangan tokoh Islam amat menyerlah dalam
pembangunan Tamadun China dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, pelayaran,
pembinaan takwim dan kalendar, perubatan serta sains dan teknologi.
RUJUKAN
Ghazali Darusalam. (2014). Tamadun Islam dan
tamadun Asia. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Legalisme
& Confusianisme. (t.t). Didapatkan dari
Weblog Cikgu Jumali: https://fastnote.wordpress.com/legalisme-confusianisme/
Legalisme
(falsafah China). (t.t). Didapatkan dari
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Legalisme_(falsafah_China)
Lok, C. H.
(1998). Tamadun Cina: Falsafah, pandangan hidup, dan aspek-aspek kesenian.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mashitah Sulaiman,
& Adibah Sulaiman. (2011). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS)
edisi lengkap. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Masjid
Qingjing di bandar Quanzhou, Fujian. (2011).
Didapatkan dari Panduan umat Islam di China: http://malay.cri.cn/381/2011/11/10/41s125810.htm
Sazelin
Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill.
Taoisme. (t.t). Didapatkan dari Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme
Yustitia.
(2012). Mengenal Huaisheng, salah satu masjid tertua di China.
Didapatkan dari Wisata Tiongkok:
http://cina.panduanwisata.id/guangzhou/wisata-religi-guangzhou/mengenal-huaisheng-salah-satu-masjid-tertua-di-cina/
Lack of information about author of this information given.
ReplyDelete