Gambar: Maharaja Kuning
Setiap tamadun mempunyai unsur tamadunnya yang tersendiri
sebagai identiti tamadun tersebut. Unsur tamadun China dapat diringkaskan
seperti berikut:
v Bandar dan Pertumbuhan Penduduk, Pertanian dan Perniagaan
v Kerajaan atau Pentadbiran yang Teratur
v Organisasi Sosial yang Tersusun
v Kemajuan Sains dan Teknologi
v Sistem Bahasa dan Tulisan
v Institusi Agama dan Kepercayaan
v Pusat Utama Kebudayaan Bangsa
v Pembentukan Bangsa Tionghua
BANDAR & PERTUMBUHAN
PENDUDUK, PERTANIAN DAN PERNIAGAAN
Majoriti penduduk China ialah petani yang mengusahakan
tanah pertanian. Penanaman bijirin seperti gandum, jagung dan sekoi telah
ditemui ditanam di kawasan tanah tinggi China seperti di dataran Loes, manakala
padi ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian utara dan selatan China.
Gambar 1: Sungai Yangtze
KERAJAAN ATAU
PENTADBIRAN YANG TERATUR
Wilayah di China yang luas telah dikecilkan melalui sistem negeri.
Setiap negeri diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk sistem dinasti.
Setiap negeri juga dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan urusan
pentadbiran. Rakyat membayar cukai hasil tanaman kepada maharaja sebagai
balasan keamanan dan kesejahteraan hidup.
Gambar 2: Istana Larangan Beijing
ORGANISASI SOSIAL YANG
TERSUSUN
Masyarakat China mempunyai organisasi sosial yang tersusun
serta mempunyai lebih daripada 56 etnik. Etnik yang paling dominan ialah suku
Han yang terkenal dengan sifat nasionalisme yang tinggi dengan mempertahankan
identitinya iaitu suka berdikari, peramah serta cintakan kedamaian.
Masyarakat China secara umumnya akan menggunakan nama sebelah
lelaki bagi mengekalkan identiti keturunan sesebuah etnik.
Dari segi stratifikasi sosial, golongan pemerintah dan
tentera maharaja menduduki hierarki tertinggi kemudian diikuti oleh pegawai
maharaja dan yang paling bawah ialah rakyat jelata.
Gambar 3: Tentera Terracota China
KEMAJUAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
Ilmu sains dan teknologi China telah wujud seawal sebelum
kemunculan kota Melaka. Hal ini ditandai dengan kemahiran mereka dalam ilmu
perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman awalnya, kaum pedagang China
telah sampai ke Melaka. Mengikut rekod catatan, pada tahun 1720, Dinasti Ming
telah memiliki 1350 kapal perang dan 400 buah kubu besar.
Kemajuan sains dan teknologi China juga boleh dilihat
dalam:
v pembinaan terusan,
v penciptaan kompas bermagnet,
v pembinaan Tembok Besar China,
v perindustrian peleburan besi, dan juga
v penciptaan senjata peperangan seperti meriam.
Masyarakat China sangat menghargai kemahiran dalam
teknologi khasnya:
v pembinaan empangan
o bagi pengaliran air untuk pertanian di samping
v teknologi kejuruteraan hidraulik
o bagi mengatasi banjir dari limpahan Sungai Kuning
o digunakan bagi menambah hasil pertanian negara.
Masyarakat China juga telah:
v mencipta pelana dan membuat kereta berkuda bagi mengangkut
barangan,
v mencipta kereta sorong untuk memudahkan tenaga kerja,
v mencipta mesin percetakan semasa Dinasti Tang (618 M – 906
M) yang telah mendahului 400 tahun lebih awal berbanding teknologi percetakan
di Barat.
Gambar 4: Old Dragon’s
Head (Penghujung Tembok Besar China)
SISTEM BAHASA DAN
TULISAN
Bahasa Cina merupakan satu-satunya bahasa yang tidak
berubah dari zamna kuno dan masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Oleh
sebab China hanya mempunyai sistem tulisan yang tunggal, maka semua orang China
hanya menggunakan satu bahasa pengantara untuk berkomunikasi dengan dialek yang
berbeza.
Selain bangsa China, tulisan Cina juga digunakan oleh
bangsa lain di Asia terutamanya di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan
Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri, namun tulisan Cina juga
digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah
diciptakan berdasarkan beberapa kaedah seperti berikut:
v xiang xiang (lambang bergambar)
v zh`shi (lambang petunjuk)
v huiyi (lambang petunjuk fikiran)
v xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina
mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan inilah yang telah menyumbang
terhadap perpaduan bangsa China dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di
dunia.
Gambar 5: Tulisan Hanzi
INSTITUSI AGAMA DAN
KEPERCAYAAN
PUSAT UTAMA KEBUDAYAAN
BANGSA
Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran
tinggi Loes dan tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah
Yangtze.
PEMBENTUKAN BANGSA TIONGHUA
Pada zaman purba China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang
terbesar menurut para sarjana China iaitu:
v Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang
dikatakan berasal dari kawasan Loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat
China;
v Kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran yang
terletak di bahagian barat China;
v Kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku bangsa di Selatan
China.
Hasil daripada asimilasi dan integrasi ketiga-tiga kumpulan
bangsa utama tersebut di samping suku bangsa yang lain selama beberapa ribu
tahun, maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa
Tionghua (Zhonghua minzu) sehingga pada hari ini.
Sejarah mencatatkan bahawa bangsa Tionghua juga dikenali daripada
bangsa Han. Tokoh terkemuka dalam konteks Malaysia ialah kedatangan Laksamana Zheng
Ho ke Melaka dan seterusnya ke Pulau Jawa bagi melaksanakan misi
perdagangannya.
Gambar 6: Replika Kapal Laksamana Zheng Ho (Cheng Ho)
RUJUKAN
Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian tamadun Asia.
Bentong: PTS.
Bahasa dan
sistem tulisan China. (2013, April 28).
Didapatkan dari Tamadun China:
http://titas-tamaduncina.blogspot.my/2013/04/bahasa-dan-sistem-tulisan-china.html
Ghazali
Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Asia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Ghazali
Darusalam. (2014). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia (OUM).
MYredaksi.
(2017, Mac 15). Dimana penghujung tembok besar China. Didapatkan dari
MY Sumber: https://www.mysumber.com/tembok-besar-china.html
Penjelajahan
Columbus vs Laksamana Cheng Ho. (2012,
Januari 2). Didapatkan dari World of Islamic - Malaysia [Laman Blog]:
http://world-islam.blogspot.my/2012/01/penjelajahan-columbus-vs-laksamana.html
Sazelin
Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill.
Tentera
Terracota China. (t.t). Didapatkan dari
Hamparan seni [Laman Blog]:
http://psv3.blogspot.my/p/tentera-terracota-china.html